SEKOLAH KEBANGSAAN SURA

23000 DUNGUN, TERENGGANU. 098481000(O) 098483000(F)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

SELAMAT DATANG KE BLOG SK SURA.
SALAM 1 SKS, SALAM 1 MALAYSIA

"Mari kita jayakan gagasan ini dan terjemahkan dalam bentuk kerjabuat dan program sekolah yang akan memberi kesan hasil langsung kepada murid-murid SK Sura. Masalah murid dan sekolah harus dilihat dengan matahati yang penuh dengan rasa insaf bahawa masa depan anak-anak ini belum pasti jika kita tidak melakukan dengan hati yang tulus, tindakan yang berkesan, tempat yang betul dan masa yang tepat.Hidup biar berjaya dan berjasa" (GB ALIAS)



Klik TAJUK untuk artikel penuh
6:18 PTG

HARI GURU PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2012

Posted by Admin




Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Dungun kali ke 41 telah diadakan pada 24 Mei 2012 di Dewan Serai Wangi, SMK Pulau Serai Dungun. Majlis tersbut dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Matulidi bin Hj Jusoh ( Ahli Parlimen Dungun ). Tema Hari Guru tahun ini ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi iaitu sesi pendaftaran tetamu. Selepas itu, ketibaan jemputan khas dan YB Parlimen Dungun. YB memulakan majlis dengan melakukan pemeriksaan perbarisan unit uniform guru-guru daerah Dungun. Admin ( En Sabudin ) juga merupakan salah seorang peserta perbarisan yang mewakili unit uniform pengakap.
Antara acara dewan yang dilangsungkan ialah sesi ucapan dan penyampaian anugerah kepada guru-guru daerah Dungun. Salah satu anugerah yang disampaikan oleh YB ialah Anugerah Inovatif Individu Kategori Sekolah Rendah. Pemenang anugerah tersebut ialah dari SK Sura iaitu Cikgu Che Rozali bin Che Mat. Tahniah kepada beliau. Sesungguhnya sambutan Hari Guru tahun ini amat bermakna buat semua warga pendidik di daerah Dungun.
Wassalam.

7:31 PG

SAMBUTAN HARI GURU SK SURA 2012

Posted by Admin


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Sura telah diadakan pada 16 Mei 2012 di sekolah ini dengan jayanya. Banyak aktiviti yang dijalankan pada tarikh keramat tersebut. Hampir lebih 100 orang guru SK Sura yang hadir pada majlis tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ucapan Tuan Guru Besar, En alias bin Dolah, ucapan Perutusan KPPM dan Perutusan Pengarah JPNT, Koir Guru, Sukaneka, sesi bergambar semua guru, persembahan, jamuan dan penyampaian dan pertukaran hadiah. Sehari sebelum sambutan tersebut diadakan perlawanan badminton antara guru-guru lelaki di Pusat Sukan Balai Besar. Majlis berakhir pada 2.10 petang.
Sesungguhnya sambutan Hari Guru tahun ini adalah sangat berjaya.

Hari Guru menjelma lagi. Esok tarikh keramat 16 Mei 2012, sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan di SK Sura. Semua murid akan datang pada sesi pagi. Banyak aktiviti yang bakal diadakan pada hari esok. Kepada semua guru SK Sura khususnya dan semua guru di seluruh negara amnya, 'SELAMAT HARI GURU' buat anda semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami.Sila berkunjung lagi.