PROGRAM MENTOR MANTEE ( AMALAN GURU PENYAYANG ) 2014

Pada perhimpunan mingguan semalam ( 20 April 2014 ) , satu lagi majlis dibawah kelolaan UBK SK Sura iaitu Program Mentor Matee Amalan Guru Penyayang yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En Wan Abd Razak bin Wan Idris. Hampir semua murid dari Tahap 2, menerima sebahagian daripada guru-guru sesi pagi sebagai mentor mereka yang bertujuan memberi didikan dan tunjuk ajar dengan lebih rapat dan mendalam terutama murid yang menghadapi masalah dalam pelajaran mereka.
Tahniah kepada mereka yang terlibat. Semoga SK Sura terus berjaya pada masa-masa yang akan datang, InsyaAllah..









Previous
Next Post »